Tuesday, 3 March 2015

Masalah Sosial dalam kalangan Remaja

Masalah salah laku pelajar semakin serious dan membimbangkan masayarakat kebelakangan ini. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di akhbar-akhbar. Salah laku pelajar hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat kerane mereka bakal pewaris dan penentu pembangunan negara.

Pada masa lalu masalah disiplin pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka seperti melawan guru, melanggar peraturan kelas, tidak memenuhi keperluan kerja sekolah, merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak, tiada kekemasan diri dan sebagainya, Namun, sejak akhir-akhir ini, tingkah laku mereka semakin berani dengan melakukan pelbagai salah laku dan jenayah berat termasuklah mencederakan orang, membunuh, merogol, menyamun, menonton video lucah, berzian dan sebagainya.

Dalam kekalutan ini,
•Siapakah yang harus dipersalahkan?
•Siapakah yang harus bertanggungjawab?
•Bagaimanakah Boleh terjadi?
•Apakah yang perlu dilakukan?

Latar belakang masalah ini:

Dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Konsep dan proses pendidikan juga telah merangkumi aspek intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani, hormat-menghormati dan memperkembangkan potensi individu hingga ke peringkat optimum bagi menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Namun begitu, keberkesanan daripada pendidikan yang diharapkan tidak dapat membentuk sahsiah san peribadi pelajar yang diharapkan. Tanpa menuding mana-mana pihak, setipa individu perlu insaf bahawa delikuensi dan keruntuhan akhlak pelajar menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu dalam pendidikan sama ada formal dan tidak formal. Masyarakat juga perlu insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua meliputi individu, ibu bapa, kepimpinan masyarakat dan negara.

Rancangan Malaysia ke-7 (1995-2000) mencatatkan bilangan remaja pada tahun 1995 ialah kira-kira 19.2% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Menjelang thun 2020, bilangan ini akan bertambah kepada 20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan remaja sebagai satu kumpulan penting dalam meneraju masa depan negara. Tindakan pencegahan perlu dilakukan segera untuk membendung lebih ramai pelajar terjebak dengan keruntuhan moral.

Usaha membanteras gejala sosial pelajar sekolah perlu dibuat secara serious kerana is mengakibatkan kerosakan sosial dan menjejaskan kestabilan dan keharmonian sosio-ekonomi negara.Kesungguhan kerajaan dalam menangani gejala sosial merupkan satu usaha positif untuk mengawal tingkah laku pelajar. Pelbagai rpogram dan cadangan juga diutarakan dan dilaksanakan melalui seminar, diskusi dan bengkel. Selain itu, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi menjalankan program untuk remaja seperti rakan muda, Remaja Bebas Tanpa AIDS (PROSTAR), Remaja Sakinah, Bina Diri dan sebagainya.
Namun, usaha yang dijalankan masih dipersoalkan kerana masih tidak mampu unutk membendung salah laku peljar sehingga timbulnya cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung kepada remaja pada waktu malam.


Statistik pelajar terlibat dalam jenayah


Statistik pelibatan pelajar dalam masalah disiplin

Tangkapan juvana terlibat dengan jenayah tahun 1990 hingga 1997



No comments:

Post a Comment