Tuesday, 3 March 2015

Bab2: Akta PEndidikan 1996

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.
Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.
Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan  dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan )

Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.


Terdapat 16 Bahagian:

Bahagian 1      : Permulaan
Bahagian 11    : Pentadbiran
Bahagian 111  : Majlis Penasihat Pend. Keb.
Bahagian 1V   : Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Bahagian V     : Penilaian Dan Peperiksaan
Bahagian VI    : Pendidikan Tinggi
Bahagian VII  : Institusi Pendidikan Swasta
Bahagian VIII : Pendaftaran Institusi Pendidikan
Bahagian IX    : Pendaftaran Guru
Bahagian X     : Jemaah Nazir Sekolah
Bahagian XI    : Kewangan
Bahagian XII  : Rayuan
Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan
Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV  : Pelbagai
Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

Bahagian II: Pentadbiran
1.            Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
2.            Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain
3.            Ketua Pendaftar dan Guru
4.            Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.
5.            Pengarah Peperiksaan
6.            Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan
Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan
1.            Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:
v  Pendidikan Prasekolah
v  Pendidikan Rendah
v  Pendidikan Menengah
v  Pendidikan Lepas menengah dan
v  Pendidikan Tinggi
Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa
2.            Kategori Institusi Penddidikan
v  Institusi Pendidikan Kerajaan
v  Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan
v  Institusi swasta
3.            Bahasa  Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan
4.            Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah
5.            Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Bab 2- Pend. Prasekolah
1.  Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika
2.  Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika
3.  Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika
4.  Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran.
5.  Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak
Bab 3- Pendidikan Rendah
1.            Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.
2.            Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan.
3.            Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun)
4.            Pendidikan Sekolah rendah wajib
Bab 4- Pendidikan Menengah
1.            Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah
2.            Boleh mengadakan Kelas Peralihan
Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah
v  Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain
Bab 6- Institusi Pendidikan Lain
v  Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas, politeknik dan inst. Pend. Lain.
v  Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya
Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik
1.    Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pend. yang lain.
v  Kuasa menteri
v  Menyediakan kemahiran
2.  Politek. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri
3.    Kerjasama dgn inst. lain dan organisasi perindustrian dlm pend. Teknik & Vokasional
v  Tertakluk kpd kelulusan Menteri
v  Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri.
4.    Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh universiti,
5.    Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik
v  Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum dan prog. latihan
v  Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan
v  Penganugerahan sijil/dip
v  Disiplin murid
v  Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum
Bab 8 – Pendidikan Khas
1.     Menteri hendaklah mengadakan pend. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men yang difikirkan sesuai & manfaat.
2.    menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur. pend.khas
v   Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.
Bab 9- Pendidikan Guru
1.            Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend. guru melainkan dgn kelulusan Menteri.
2.            Semua maktab –didaftarkan
3.            Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain
4.            Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang diluluskan oleh Menteri

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

Pernyataan di atas  dapat direalisasikan dengan cara

(A)   semua tadika akan diambilalih oleh kementerian
(B)   semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama
(C)   semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran  yang sama
(D)   semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama 

No comments:

Post a Comment