Dalam melaksanakan inovasi dalam pendidikan, teknologi dapat digunakan dan membantu dalam pengajaran melalui cara-cara berikut:
Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid, audio dan tayangan video
Penggunaan sumber internet dalam pengajaran
Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima
Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan seperti perpustakaan maya
Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.
1. Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual Learning)
• Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej dan universiti
• Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran
• Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
• Pelajar perlu berdaftar.
• Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
• Perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.
2. Reka Bentuk Resos
Teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas. Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini. Contoh perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT termasuklah:
• e-buku- Ialah buku dalam bentuk elektronik, memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota.
• e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsi-fungsi elektronik seperti ebuku, mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspekaspek penting.
• e-portfolio- Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan interkasi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain, sejauh mana perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio, hal ini memudahkan guru memantau danmembimbing pelajar mengikut keperluan.
• blog dan forum- Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian, membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan, melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.
Senarai teknologi boleh digunakan:
• Personal digital assistants (PDA)
• MP3
• CD-ROM
• Web 2.0 tools
• Laman sesawang/web
If you're interested in practicing online courses to advance your career in the field of video editing then you should know that Subhe e-learning. It is a platform where learn video editing course online with courses like Final Cut Pro, Adobe Premiere Pro Course, Davinci Resolve, Adobe After Effects, and Adobe Photoshop tutorials in hindi. Get certified in Video Editing & also get free placement assistance!
ReplyDeletemasters in UI/UX design in India