Tuesday, 3 March 2015

Bab2: Tentang Akta Pendidikan 1996


Akta  Pendidikan  1996  merupakan  lanjutan  dan  pembaharuan  dari  Akta  Pelajaran 1961bertujuan memantapkan  sistem  pendidikan  kebangsaan  sejajar  dengan kehendak  dan  cita-cita  Malaysia untuk  menjadi  pusat  kecemerlangan  pendidikan yang  bermutu  tinggi  dan  bertaraf  dunia.  Akta Pendidikan  1996  menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta  ini  berpaksi  kepada  perakuan-perakuan utama  Penyata Razak 1956  yang menjadi  asas dasar pendidikan kebangsaan.  Akta  baru  ini  juga  banyak mengekalkan  peruntukan  yang  masih relevan  daripada  Akta  Pelajaran  1961.
Tujuan penggubalan  Akta Pendidikan 1996 adalah  untuk  memperluaskan  skop  dan
memperkenalkan  perundangan  mengenai pendidikan.

Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:
i.  Menegaskan  ilmu  merupakan  penentu  utama  arah  tuju  negara  dan penyelamat bangsa.
ii.  Merupakan  satu  misi  negara  menghasilkan  sistem  pendidikan  yang bertaraf  dunia  dari  segi  kualiti  untuk  memperkembangkan  potensi individu.

Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan  menengah,  pendidikan  lepas  menengah  dan  pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama, terdapat 3 jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Dalam  pada  itu,  terdapat  2  kategori  sekolah  kerajaan  dan  bantuan  kerajaan  iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.Akta  Pendidikan  1996 juga  memperuntukkan program  Pendidikan  Khas  untuk  murid  yang memerlukan pendidikan khas dan tempoh pembelajaran tidak  boleh  kurang  daripada  tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah.
Selain itu,  dalam akta  ini,  pengajaran  Agama  Islam  diajar  sekiranya terdapat  5  atau  lebih murid yang  beragama  Islam. Pengajaran  agama  selain  agama  Islam  juga dibenarkan tetapi murid harus mendapat persetujuan ibu bapa secara bertulis.
Bahasa Kebangsaan digunakan sebagai  bahasa pengantar utama  dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang  dikecualikan.  Jika  bahasa pengantar  di  sebuah  institusi  bukan  bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib.


No comments:

Post a Comment