Wednesday, 4 March 2015

Bab4: Tekanan Emosi dalam kalangan Guru

Di Malaysia, stress di kalangan guru telah meningkat pesat. Kegagalan pengurusan emosi oleh guru telah menyebabkan banyak masalah salah laku guru-guru. Stress terhadap guru biasa akan menyebabkan guru mengalami keadaan murung, tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.  Secara langsung, perhubungan dengan murid dan mutu pengajaran dan pembelajaran akan dipengaruhi dan menjejas kualiti pendidikan dan usaha mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak murni. Kegagalan pengurusan emosi oleh guru-guru juga telah menyebabkan banyak masalah salah laku guru. Oleh sebab itu, pada pendapat saya, masalah pengurusan emosi di kalangan guru garuslah dikenalpasti puncanya lalu diatasi sewajarnya.

Definisi "Stress"
Dari sudut bahasa, stress boleh didefinasikan sebagai tekanan atau desakan yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keupayaan fizikal dan mental seseorang. Stress adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat kegagalan proses penyesuaian diri yang menyebabkan konflik dalam diri. Tahap stress yang dialami oleh individu yang berbeza berkait rapat dengan kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan alam sekitar yang berubah dan daya tindak mereka dalam bentuk psikologikal.

Punca "Stress"
1. Punca Peribadi
Punca peribadi ini berlaku apabila seseorang guru tidak mampu untuk menyesuaikan perubahan masyarakat dan perkembangan pendidikan yang pesat ini. Oleh sebab itu, para pendidik harus sentiasa membangunkan diri supaya mempunyai kesihatan mental yang baik dan daya tindak terhadap perubahan yang pantas. Hal ini penting supaya mereka mampu melaksanakan skop, tanggungjawab dan beban kerja mereka yang berat lagi mencabar ini dengan sempurna. Fikiran guru-guru yang menganggap guru sebagai profesion peringkat pertengahan dan tiada keinginan untuk mengajar juga menyebabkan stress kepada mereka. Tanpa keinginan untuk mendidik, golongan guru tidak akan mempunyai motivasi untuk mengharungi tanggungjawab yang mencabar ini. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Selain itu, guru-guru selalunya menghadapi penilainan kenaikan gaji yang tidak adil dan menerima gaji yang rendah berbanding dengan profession yang lain. Hal ini secara tidak langsungnya telah menyebabkan ketidakseimbangan mental guru-guru sedangkan gaji mereka tidak selari dengan beban kerja mereka yang berat ini. Keadaan ini lagi parah apabila para pendidikan dikehendaki menghadapi stress dalam prospek kenaikan pangkat. Gaji yang rendah ini telah menyukarkan guru untuk menikmati taraf hidup yang baik seperti menghadapi kesusahan untuk memiliki rumah sendiri dan membataskan pilihan guru dalam melakukan aktiviti riadah yang dapat membantu pelepasan tekanan.

2. Punca Interpersonal
Seterusnya, punca interpersonal berlaku apabila wujudnya perselisihan faham. Seseorang guru akan mengalami tekanan apabila mereka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja atau wujudnya segolongan rakan guru yang mementingkan diri dan tidak menghormati perasaan, pendapat dan tindakan rakan guru yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi apabila seseorang guru berada dalam keadaan murung, kekecewaan dan kebimbangan dan tidak bersemangat untuk membaiki masalah perhubungan ini. Hal ini tidak harusnya berlaku di kalangan guru yang sepatutnya berakhlak tinggi dan berkasih sayang. Perubahan dan perkembangan masyarakat yang pesat kini menjadikan guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan rakan-rakan guru, pelajar dan pentadbir sekolah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan mereka dalam proses mendidik dan menghapuskan tekanan.

3. Punca Organisasi
Pelbagai reformasi dan perubahan dasar yang drastik telah dilaksanakan dalam sektor awam termasuklah sekolah dan mempengaruhi guru. Dalam pentadbiran sekolah, segala kerja guru harus dilakukan dengan segara dalam masa yang terhad dan tugasan kerja ini biasanya bersifat kronik, iaitu berterusan. Selain itu, peruntukan kerajaan untuk sekolah biasanya menyebabkan guru-guru harus bekerja dalam persekitaran kerja yang kurang kondusif. Persekitaran kerja yang sihat dan kondusif boleh menjadi motivasi kepada guru bagi menyumbang hasil kerja yang optimum, berproduktiviti tinggi serta meningkatkan kepribadian dan kepuasan diri. Namun, apa yang berlaku kini ialah guru selalunya mempunyai ruang yang terhad dan tidak kemas untuk bekerja dan menyimpan buku dan kerja rumah pelajar.

4. Punca Sosial
 Masyarakat kini tidak lagi rela untuk menjadi seorang guru dan menganggapkan profesion ini sebagai profesion yang menyusahkan lagi hanya menerima gaji yang rendah serta menganggapnya sebagai profesion peringkat pertengahan. Hal ini telah menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk mendidik dan telah menambah bebanan guru-guru sedia ada secara terus menerus berikutan keadaan jumlah guru yang tidak mencukupi dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid. Secara langsung, wujudnya tekanan di kalangan guru. Selain itu, masyarakat kini lebih cenderung menyalahkan guru sekiranya terdapat pelajar berbuat salah. Hal ini menambahkan lagi tekanan guru dan memantadorikan guru mempunyai kemahiran pengurusan emosi yang baik.
Tidak boleh dinafikan masalah stress di kalangan guru harus diberi perhatian sepenuhnya dan diatasi oleh semua pihak untuk memastikan mutu pendidikan di Malaysia yang tinggi dan imej profesion keguruan yang mulia ini. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru harus pandai mengurus emosinya dan mengawal stress.

Cara Pengurusan Emosi
1. Kehidupan Fizikal yang sihat
 Contohnya ialah mengamalkan cara hidup yang sihat dengan melakukan senaman rutin, mengikut pelan makanan yang seimbang serta tidur dan bangun awal.  Bersenam bukan sahaja mencergaskan fizikal, tetapi juga melapangkan mental setelah berpeluh. Hal ini penting untuk memastikan seseorang sentiasa terurus dan lebih tenang. Takafur, pengurutan atau senaman pernafasan juga boleh dilakukan untuk melepaskan tekanan. Jika mengalami tekanan, guru-guru juga boleh melepaskan tekanan melalui bersangka baik dengan tuhan mengikur agama masing-masing untuk mendapatkan ketenangan dalaman.

2. Kesedaran Kendiri
Guru juga harus sentiasa menghargai kebolehan diri dan beryakin akan diri. Anggapan profesion guru sebagai profesion kelas pertengahan juga harus dihapuskan. Para pendidik harus sedar bahawa peranan mereka amat penting dan mulia serta usaha mereka akan sentiasa dihargai. Guru yang mempunyai kesedaran kendiri akan mempunyai penilaian yang realistik dalam membuat keputusan dan keyakinan diri yang utuh. Hal ini penting untuk memastikan mereka sentiasa bermotivasi untuk bekerja yang secara langsungnya membantu untuk mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri serta tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan.

3. Kenalpasti keperluan dan reaksi emosi
Hal ini adalah supaya mereka boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Pengurusan emosi penting untuk memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan mampu menangguhkan sementara perasaan negative mereka. Contohnya, semasa perselisihan faham berlaku, seseorang guru tidak patut menengking rakannya sedangkan perbuatan ini akan memburukkan situasi ini. Sebaliknya, guru tersebut harus mengawal emosinya dengan positif dan bertindak dengan rasional dengan berusaha memulihkan hubungan mereka.

4. Kemahiran interaksi dan bersosial
Seterusnya, seseorang guru hendaklah berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan sekerja atau golongan lain yang mempunyai tahap intelek yang serupa. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth Robert (1993), hal ini penting kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani tekanan dengan berkongsi dan memperbanyakkan maklumat tentang pengurusan emosi. Proses interaksi dan bersosial juga dapat membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi dengan efektif dalam perhubungan, mentafisr situasi sosial dengan tepat dan meningkatkan kepimpinan. Kemahiran untuk interaksi ini juga membantu guru bijak dalam menyelesaikan konflik lalu mewujudkan semangat bekerjasama dalam kelas dan juga dalam persekitaran kerja. Kekurangan masalah interpersonal ini secara langsungnya juga mampu mengurangkan peluang mencetuskan stress.

5. Komitmen Sosial
Di samping itu, masyarakat juga berperanan penting dalam mengurangkan tekanan di kalangan guru dengan memberi komitmen sosial dengan memberi sokongan kepada setiap tindakan guru. Namun, masyarakat kini yang lebih bercenderung menyalahkan guru semasa berlakunya salah laku pelajar menyebabkan guru mengalami tekanan yang besar. Orang sekeliling seseorang guru seperti ahli keluarga dan rakan-rakan juga harus memberi sokongan kepada guru tersebut dengan bersedia berkongsi masalah dengan mereka.


Secara kesimpulan, pengurusan emosi adalah penting dalam profesion guru sedangkan profesion ini sentiasa mengalami beban kerja yang berat dan tekanan yang besar. Guru yang profesional harus sentiasa mengawal emosinya untuk memastikan perhubungannya dengan pelajar sentiasa mesra dan pelaksanaan kerjanya sentiasa lancar, lalu memastikan mutu pendidikan Malaysia yang tinggi.

No comments:

Post a Comment