meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan
amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah
peralihan atau pertukaran.
Definisi Inovasi: Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang
bermanfaat dalam kehidupan manusia.
'Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan
dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada
dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.'
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.
Strategi perubahan
I. Strategi Perubahan
- Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran berubah.
II. Strategi Pujukan
- Memerlukan kemahiran interpersonal, logik & kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
III. Strategi Pendidikan Semula
- Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan & serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
IV. Strategi Pemudah Cara
- Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
- Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan & khidmat teknikal).
1. Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.
Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
i. Rakyat yang ada jati diri & imej Malaysia
ii. Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang glokal
iii. Sumber manusia yang berkualiti
iv. Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak,
berkemahiran, berdaya saing & berdaya tahan.
2. Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:
1. Kepimpinan
- Pemimpin memimpin (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
- Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan.
- Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
- Mengutamakan elemen kemanusiaan.
2. Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
- Pendekatan Berpusatkan Murid.
- Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran.
3. Landskap Maklumat
- Pusat sumber.
- Peranan guru.
3. Transformasi Dalam Kurikulum
Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Ia memerlukan pengetahuan & pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang ideal & melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran & perubahan semasa.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa.
4. Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
a. Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan & gaya pembelajaran sendiri.
b. Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan & kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
c. Persekitaran sekolah kondusif.
d. Penaksiran berterusan.
e. Guru Besare sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga pengajar yang profesional & berkaliber.
f. Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari.
5. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
NKRA merupakan piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran & penjawat awam dan NKRA yang ke-3 bermatlamat untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti &
berkemampuan.
4 sub-NKRA:
- perluas & mantapkan pendidikan prasekolah
- tingkatkan kadar literasi & numerasi
- Wujudkan sekolah Berprestasi Tinggi
- Iktiraf Pengetua & Guru Besar cemerlang
No comments:
Post a Comment