Tuesday, 3 March 2015

Bab2 : Peraturan, Tatatertib dan Tatakelakuan

Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993  (Pindaan 2002).  Dengan  adanya  peraturan  ini,  maka  guru  akan  sentiasa berkelakuan  baik  dan  bertata  tertib  mengikut  garis  panduan  yang  ditetapkan.
Matlamat tatatertib adalah seperti:
  • Supaya  pegawai  awam  melaksanakan  tugas dengan  cekap,  beramanah  dan bertanggungjawab.
  • Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam  lebih  daripada  kepentingan  mereka sendiri.
  • Supaya  pegawai  awam  menjaga  imej perkhidmatan awam.
  • Menghukum  pegawai  yang  melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Tatakelakuan (code of conducts)  bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di  bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan P.U (A) 395 Pindaan 2002) ialah:
1. Peraturan tatakelakuan dan tatatertib secara umum
















2.Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran




















Jika seseorang guru tidak mematuhi peraturan yang termaktub ini, tindakan tatatertib akan dikenakan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua anggota yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat.
Tindakan taatertib yang biasa termasuk:
  • Amaran
  • Denda atau lucut hak emolumen
  • Tangguh pergerakan gaji
  • Turun gaji
  • Turun pangkat

1 comment:

  1. MGA: The 7 Best Casino Apps & Apps for Real Money
    We 청주 출장안마 have over a decade's experience in 포항 출장마사지 crafting the 순천 출장샵 best casino apps for players across the US. We have top-rated 여수 출장마사지 apps for 아산 출장마사지 gaming, including one for

    ReplyDelete