Wednesday, 4 March 2015

Bab5: Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan- Strategi Pengajaran Pembelajaran

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:
a)  Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
b)  Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.
Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan INOVASI dan pemikiran baharu dalam pengajaran. Antaranya ialah:
a)  Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.
b)  Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai.
c)  Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan.
d)  Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus.
e)  Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.
f)  Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran.
g)  Penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentuk pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumatif.
Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:
-  Pengenalan teknologi baharu.
-  Perubahan dalam sistem penyampaian.
-  Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.

Strategi Pengajaran Pembelajaran

1. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan oleh Kememnterian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Tujuan program pengenalan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam P dan P dengan mengintegrasikan TMK (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan untuk menggalakkan inovasi dalam P dan P sekali gus mengintegrasikan teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang P dan P dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu, pelaksanaan PBP walaupun setelah is diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah itu.
PBP merupakan satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan. PBP boleh berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu atau berbentuk projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah). Pembelajaran ini bercirikan PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.

Langkah-langkah melaksanakan PBP
-Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu)
-Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah)
-Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat
-Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa)
-Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP
-membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
-belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
-menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar
-mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.

2. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
  Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  Memperkembangkan  kemahiran  pelajar  memberi  hujah  dan  pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  Memperkembangkan  kemahiran  pelajar  mengintegrasikan  pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
  Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  Menggalakkan  pembelajaran  kumpulan  kecil,  keperluan  kepada keberkesanan  kerja  berpasukan  dan  pembelajaran  secara  kolaboratif

Ciri-ciri PBM
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
  Situasi  masalah  sebenar  yang  kompleks  iaitu  tidak  mempunyai  jawapan yang betul atau salah
  Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian
   Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri
   Pensyarah sebagai pembimbing,
   Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.

Kelebihan PBM
Menurut  Montgomery  (2000),  antara  kelebihan  utama  PBL  berbanding  strategi
pembelajaran  lain  yang  dicadangkan  oleh  teori  konstruktivisme  ialah  rangsangan
atau  stimulasi  yang  berjaya  dihasilkan  olehnya  dalam membentuk  kognitif  pelajar
agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan
minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah
dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan
penyelesaian  dalam  persekitaran  pembelajaran  yang  lebih  selamat  (Jamalludin
Harun, et al, 2005).

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
  Pembahagian  Kumpulan-  Pada  peringkat  ini,  pelajar  akan  mengenali  di antara  satu  sama  lain  dan  pelajar  akan  membentuk  kumpulan  masingmasing.  Seterusnya,  ketua  kumpulan  dan  pencatat  akan  dilantik  dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
 Mengenalpasti Masalah-  Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan.  Pelajar  perlu  mengenalpasti  dan  mengesahkan  masalah tersebut  dan  menyatakan  masalah  tersebut  berdasarkan  fakta-fakta  yang diperolehi.  Proses  mengenalpasti  masalah  melibatkan  elemen-elemen pencetus  idea  terhadap  masalah  yang  ingin  dikaji,  juga  dikenali  sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
  Menjana Idea-  Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
 Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari  isu-isu  yang  dapat  membantu  mereka  untuk  menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti
tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
  Pembelajaran  Kendiri-  Pada  peringkat  ini,  pelajar  akan  mencari  dan merumuskan  informasi-informasi  yang  relevan  dan  logik  dengan  masalah yang diberikan.
  Sintesis dan Aplikasi-  Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya  daripada  Internet.  Pelajar  akan  mula  berkongsi  maklumat dengan  pelajar  yang  lain  dan  mengaplikasikan  maklumat  yang  diperolehi untuk  menyelesaikan  masalah  tersebut.  Seterusnya,  pelajar  akan
berbincang,  membangunkan  penyelesaian  dan  membuat  penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
  Refleksi dan Tindak Balas-  Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas  terhadap  kerja  kumpulan,  kerja  individu,  penjanaan  pengetahuan, penyelesaian  masalah  dan  juga  peranan  fasilitator.  Seterusnya, perbincangan  akan  dilakukan  dalam  kumpulan  masing-masing.  Ini  jelas
menunjukkan  bahawa  kemahiran  yang  paling  diperlukan  ialah  kemahiran menyelesaikan  masalah.  Diperkukuhkan  lagi  apabila  Nor  Ratna  Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia  Application”  mendapati  bahawa  tanpa pengetahuan  dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan
dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah
Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
  Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya
  Menyediakan  rancangan  penyelesaian  iaitu  mencari  perkaitan  antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian
  Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah
   Menyemak  jawapan  iaitu  menyemak  ketepatan  dan  kesesuian  hasil penyelesaian  dengan  apa  yang  hendak  diselesaikan.

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu  kaedah  yang  dapat  melibatkan  aktiviti  pelajar  mencari  maklumat  untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
  Mengenalpasti  Masalah-  Pada  peringkat  ini,  pelajar  akan  diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah  yang  diberi  dan  menjadikan  masalah  tersebut  sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat
rumusan  berdasarkan  objektif  masalah  dan  mengenalpasti  sumbersumber  yang  perlu  digunakan  untuk  memperolehi  maklumat  yang benar,  relevan  dan  penting  untuk  menyelesaikan  masalah  tersebut. Selain  itu,  pelajar  perlu  merancangan  kaedah  penyelesaian  dari peringkat  awal  sehingga  permasalahan  tersebut  dapat  diselesaikan dengan  sempurna.  Menurut  Mohd  Azhar  Abdul  Hamid  (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur  masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi  dan  memilih  alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
  Menganalisis  Masalah  dan  Mengumpulkan  data-  Pelajar  perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi.  Azhar  Abdul  Hamid  (2003)  menyatakan  terdapat  pelbagai teknik  pengumpulan  data.  Contohnya,  gambar  rajah  tulang  (analysis:
couse  dan  effect),  carta  pareto,  carta  pai,  carta  aliran  dan  lain-lain. Proses  menganalisis  masalah  ini  diperlukan  bagi  mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut
Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan  bagaimana  masalah  itu  berlaku.  Masalah  dianalisis  daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak  balas  pihak  lain,  kos  masalah,  lokasi  berlaku  masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul
Hamid, 2003).
  Membuat Keputusan-  Pelajar  perlu membuat  pemilihan  penyelesaian masalah  dengan  tepat  dan  pastikan  penyelesaian  yang  dibuat merupakan  penyelesaian  yang  terbaik.  Disamping  itu,  pelajar  perlu mempunyai  alasan  yang  kukuh  untuk menyokong  penyelesaian  yang diambil.  Pemilihan  penyelesaian  ini  dijana  dengan  menggunakan pelbagai  kaedah  bagi  memastikan  idea  yang  diperolehi  berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah
satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
  Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik-  Kini, pemusatan pemikiran diperlukan  bagi  menilai,  membanding  dan  menjalankan  percubaan melaksanakan  jalan  penyelesaian  (Mohd  Azhar  Abdul  Hamid,  2003). Pada  peringkat  ini,  pelajar  perlu  merancang  bagaimana  untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling  penting  dalam  penilaian  adalah  kesan  kepada  jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan positif dan negatif. Oleh sebab itu,  pertimbangan  yang  teliti  amat  diperlukan  bagi  memastikan keputusan  yang  dipilih  mempunyai  kelebihan  dan  memberi  manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan  penyelesaian  masalah  serta  keputusan  yang  dipilih merupakan alternatif yang terbaik.
  Melaksanakan  Keputusan-  Mohd  Azhar  Abdul  Hamid  (2003) menyatakan  bahawa  keempat-empat  peringkat  di  atas  hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan  tepat.  Ini  juga  membantu  penyelesaian  masalah  bagi mengorganisasikan  proses  pelaksanaan  dan menguji sama  ada  hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

3. Pembelajaran Elektronik (e-learning)
Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan  komputer  dan  internet,  CD  Rom,  televisyen  interaktif  atau  siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar  menghasilkan  pengalaman  dan  penguasaan  kemahiran  dan  pengetahuan baru.

Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik
-mengikut kadar kendiri pelajar
-boleh dicapai oleh ramai pelajar
-boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
-memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
  Merupakan  sejenis  pembelajaran  dalam  talian  yang  menggunakan
gabungan  streaming  video,  power  point,  audio  dan  perisian  lain  dalam
penyampaian P&P.
  Terdapat  7  fungsi  penting  laman  sesawang  dalam  pembelajaran
(pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video,
pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.

No comments:

Post a Comment