Wednesday, 4 March 2015

Bab6: Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

Dalam pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan, antara adaptasi yang telah dilakukan termasuklah

1. Latihan Perguruan
Kerajaan telah menaik taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan  Guru serta Sijil Perguruan & Diploma Perguruan kepada Ijazah Sarjana Muda Perguruan. IPG melatih guru pada peringkat ijazah, menawarkaln latihan perguruan kepada lepasan ijazah dari universiti tempatan & luar negara (KPLI).

2. Kurikulum Latihan Perguruan
3. Program Pensiswazahan Guru
4. Kurikulum Transformasi 
5. Sekolah Berprestasi Tinggi

Bab6: Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan- Strategi Perubahan

Definisi Perubahan: Perubahan  ialah  penerimaan  inovasi  apabila  matlamat  utama  adalah  untuk
meningkatkan  pencapaian  melalui  penambah  baikan  dalam  pelaksanaan  dan
amalan  (Carlopio,1998).  Manakala  menurut  Kamus  Dewan,  perubahan  ialah
peralihan atau pertukaran.
Definisi Inovasi: Inovasi  ialah  cara  atau  pendekatan  terkini  dalam  melaksanakan  sesuatu  yang
bermanfaat dalam kehidupan manusia.

'Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan
dapatan  penyelidikan  pelbagai isu  dan  permasalahan  ditemukan. Maka,  daripada
dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.'

Pengurusan  inovasi  dan  perubahan  dalam  pendidikan  di  Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.

Strategi perubahan 
I.  Strategi Perubahan
-  Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran berubah.
II.  Strategi Pujukan
-  Memerlukan  kemahiran  interpersonal,  logik  &  kebijaksanaan  bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
III.  Strategi Pendidikan Semula
-  Guna  maklumat  baru  yang  disediakan  oleh  agen  perubahan  & serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
IV.  Strategi Pemudah Cara
-  Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
-  Agen  perubahan  hantar  sumber  yang  diperlukan  (barangan  & khidmat teknikal).

1. Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB  bermaksud  proses  pembinaan  atau  pembentukan  sebuah  negara  bangsa menggunakan  kuasa  yang  ada  pada  pemerintah,  di  mana  prosesnya  bertujuan menyatupadukan  rakyat  tanpa  mengira  bangsa  dan  lokasi  sehingga  wujud  satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.
Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
i.  Rakyat yang ada jati diri & imej Malaysia
ii.  Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang glokal
iii.  Sumber manusia yang berkualiti
iv.  Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak,
berkemahiran, berdaya saing & berdaya tahan.

2. Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:
1.  Kepimpinan

  • Pemimpin memimpin  (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
  • Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan.
  • Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
  • Mengutamakan elemen kemanusiaan.

2.  Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif

  • Pendekatan Berpusatkan Murid.
  • Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran.

3.  Landskap Maklumat

  • Pusat sumber.
  • Peranan guru.

3. Transformasi Dalam Kurikulum
Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak  dibawa bermula  di  sekolah.  Ia  memerlukan  pengetahuan  &  pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang ideal & melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran & perubahan semasa.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa.

4. Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi  sepenuhnya  dalam  cara  yang  paling  sesuai  dengan  gaya  pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
a.  Murid  berupaya  belajar  ikut  keperluan,  kebolehan  &  gaya  pembelajaran sendiri.
b.  Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil  kira keperluan & kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
c.  Persekitaran sekolah kondusif.
d.  Penaksiran berterusan.
e.  Guru Besare sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga pengajar yang profesional & berkaliber.
f.  Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari.

5. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
NKRA merupakan piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran & penjawat awam dan NKRA yang  ke-3 bermatlamat untuk meluaskan  akses  kepada  pendidikan  berkualiti  &
berkemampuan.
4 sub-NKRA:

  • perluas & mantapkan pendidikan prasekolah
  • tingkatkan kadar literasi & numerasi
  • Wujudkan sekolah Berprestasi Tinggi
  • Iktiraf Pengetua & Guru Besar cemerlang

Bab5: Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan - Persekitaran Pembelajaran Personal

Pelajar pada hari ini dikenali sebagai generasi Internet di mana mereka lebih selesa dengan dunia Internet dan cekap/pantas menguasai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam Internet.Selaras dengan keadaan generasi Internet, perkembangan teknologi yang mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan seluruh dunia turut berubah.

Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)
PLE merupakan satu proses informal sememangnya telah diterima sebagai satu bentuk pembelajaran yang berlaku sepanjang hayat individu. Ia adalah sebagai embelajaran formal diikuti dengan latihan atau aplikasi pembelajaran dalam situasi sebenar berlaku sepanjang hayat.Dengan adanya teknologi, pendidikan formal dan informal bergerak seiring.PLE mencampurkan (blended) memanfaatkan kedua-dua bentuk pembelajaran formal dan informal. Pembelajaran ini membolehkan manusia memiliki pelbagai gaya pembelajaran dan mengaplikasikan gaya pembelajaran yang berbeza bagi menguasai kemahiran dan pengetahuan yang berbeza mengikut keperluan isu atau masalah yang hendak diselesaikan.Terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh dipilih mengikut kesesuaian fungsinya untuk mencapai matlamat pelajar seperti skype, twitter, flickers, facebook, dan youtube. Perkembangan dalam teknologi internet inilah yang mewujudkan Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE).
Dalam Persekitaran Pembelajaran Personal, pelajar sendiri yang mengawal, menentukan, menguruskan pembelajaran serta mengupayakan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri.PLE terdiri daripada pelbagai alat (tools) untuk mengakses. Antara yang paling banyak digunakan adalah perisian sosial yang menghubungkan dan membolehkan manusia berkolaborasi dengan menggunakan komputer, lalu membolehkan perhubungan, pengisian isi kandungan dan perkhidmatan.Perisian sosial semakin banyak digunakan dalam pendidikan. Contoh aplikasi perisian ialah wiki, weblog, alat perkongsian multimedia dan sebagainya.
Antara perisian dalam persekitaran pembelajaran personal adalah:
  • Word processor untuk menghasilkan penulisan
  • E-mel untuk mendapatkan maklumat daripada tokoh, rakan dan sebagainya.
  • Audio untuk menyediakan podcast.
  • Video editor untuk persembahan multimedia.
  • Weblog
  • Photo sharing service
  • Web browser – firefox, windows
  • Bookmark sharing service
  • Podcast publishing
  • Newsreader
  • Instant messaging – skype

Bab5: Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan- Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran

Dalam melaksanakan inovasi dalam pendidikan, teknologi dapat digunakan dan membantu dalam pengajaran melalui cara-cara berikut:
  Menggunakan medium persembahan  penyampaian seperti slaid, audio dan tayangan video
  Penggunaan sumber internet dalam pengajaran
  Penggunaan  email,  papan  maklumat,  blog  dan  portal  mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima
  Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan seperti perpustakaan maya
  Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
  Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.

1. Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual Learning)
•  Pembelajaran  berlaku  secara  online  sepenuhnya  atau  secara  gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended  pada peringkat kolej dan universiti
•  Kawalan  terhadap  pembelajaran  dibuat  oleh  institusi  yang  menyediakan portal pembelajaran
•  Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
•  Pelajar perlu berdaftar.
•  Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
•  Perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan  portal  pembelajaran  dan  perisian  sosial  untuk  tujuan pembelajaran.

2. Reka Bentuk Resos
Teknologi  e-pembelajaran membuka  laluan  pengajaran  dan  pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas. Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini. Contoh perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT termasuklah:
•  e-buku-  Ialah buku dalam bentuk elektronik,  memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi  highlighting  dan bahagian mengambil nota.
 e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsi-fungsi elektronik seperti ebuku, mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspekaspek penting.
•  e-portfolio-  Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran  pelajar,  artifak,  catatan  interkasi  guru  dengan  pelajar  atau pelajar  dengan  pelajar  lain,  sejauh  mana  perkembangan  pembelajaran termuat  dalam  e-portfolio,  hal  ini  memudahkan  guru  memantau  danmembimbing pelajar mengikut keperluan.
 blog dan forum- Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian, membolehkan pelajar  berkongsi  pengalaman  dan  pandangan,  melalui  blog  dan  forum, pelajar  introvert  dan  pendiam  juga  bermotivasi  untuk  melibatkan  diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.

Senarai teknologi boleh digunakan:
•  Personal digital assistants (PDA)
•  MP3
•  CD-ROM
•  Web 2.0 tools
•  Laman sesawang/web

Bab5: Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan- Strategi Pengajaran Pembelajaran

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:
a)  Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
b)  Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.
Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan INOVASI dan pemikiran baharu dalam pengajaran. Antaranya ialah:
a)  Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.
b)  Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai.
c)  Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan.
d)  Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus.
e)  Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.
f)  Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran.
g)  Penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentuk pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumatif.
Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:
-  Pengenalan teknologi baharu.
-  Perubahan dalam sistem penyampaian.
-  Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.

Strategi Pengajaran Pembelajaran

1. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan oleh Kememnterian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Tujuan program pengenalan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam P dan P dengan mengintegrasikan TMK (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan untuk menggalakkan inovasi dalam P dan P sekali gus mengintegrasikan teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang P dan P dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu, pelaksanaan PBP walaupun setelah is diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah itu.
PBP merupakan satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan. PBP boleh berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu atau berbentuk projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah). Pembelajaran ini bercirikan PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.

Langkah-langkah melaksanakan PBP
-Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu)
-Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah)
-Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat
-Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa)
-Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP
-membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
-belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
-menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar
-mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.

2. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
  Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  Memperkembangkan  kemahiran  pelajar  memberi  hujah  dan  pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  Memperkembangkan  kemahiran  pelajar  mengintegrasikan  pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
  Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  Menggalakkan  pembelajaran  kumpulan  kecil,  keperluan  kepada keberkesanan  kerja  berpasukan  dan  pembelajaran  secara  kolaboratif

Ciri-ciri PBM
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
  Situasi  masalah  sebenar  yang  kompleks  iaitu  tidak  mempunyai  jawapan yang betul atau salah
  Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian
   Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri
   Pensyarah sebagai pembimbing,
   Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.

Kelebihan PBM
Menurut  Montgomery  (2000),  antara  kelebihan  utama  PBL  berbanding  strategi
pembelajaran  lain  yang  dicadangkan  oleh  teori  konstruktivisme  ialah  rangsangan
atau  stimulasi  yang  berjaya  dihasilkan  olehnya  dalam membentuk  kognitif  pelajar
agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan
minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah
dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan
penyelesaian  dalam  persekitaran  pembelajaran  yang  lebih  selamat  (Jamalludin
Harun, et al, 2005).

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
  Pembahagian  Kumpulan-  Pada  peringkat  ini,  pelajar  akan  mengenali  di antara  satu  sama  lain  dan  pelajar  akan  membentuk  kumpulan  masingmasing.  Seterusnya,  ketua  kumpulan  dan  pencatat  akan  dilantik  dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
 Mengenalpasti Masalah-  Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan.  Pelajar  perlu  mengenalpasti  dan  mengesahkan  masalah tersebut  dan  menyatakan  masalah  tersebut  berdasarkan  fakta-fakta  yang diperolehi.  Proses  mengenalpasti  masalah  melibatkan  elemen-elemen pencetus  idea  terhadap  masalah  yang  ingin  dikaji,  juga  dikenali  sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
  Menjana Idea-  Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
 Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari  isu-isu  yang  dapat  membantu  mereka  untuk  menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti
tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
  Pembelajaran  Kendiri-  Pada  peringkat  ini,  pelajar  akan  mencari  dan merumuskan  informasi-informasi  yang  relevan  dan  logik  dengan  masalah yang diberikan.
  Sintesis dan Aplikasi-  Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya  daripada  Internet.  Pelajar  akan  mula  berkongsi  maklumat dengan  pelajar  yang  lain  dan  mengaplikasikan  maklumat  yang  diperolehi untuk  menyelesaikan  masalah  tersebut.  Seterusnya,  pelajar  akan
berbincang,  membangunkan  penyelesaian  dan  membuat  penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
  Refleksi dan Tindak Balas-  Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas  terhadap  kerja  kumpulan,  kerja  individu,  penjanaan  pengetahuan, penyelesaian  masalah  dan  juga  peranan  fasilitator.  Seterusnya, perbincangan  akan  dilakukan  dalam  kumpulan  masing-masing.  Ini  jelas
menunjukkan  bahawa  kemahiran  yang  paling  diperlukan  ialah  kemahiran menyelesaikan  masalah.  Diperkukuhkan  lagi  apabila  Nor  Ratna  Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia  Application”  mendapati  bahawa  tanpa pengetahuan  dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan
dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah
Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
  Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya
  Menyediakan  rancangan  penyelesaian  iaitu  mencari  perkaitan  antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian
  Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah
   Menyemak  jawapan  iaitu  menyemak  ketepatan  dan  kesesuian  hasil penyelesaian  dengan  apa  yang  hendak  diselesaikan.

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu  kaedah  yang  dapat  melibatkan  aktiviti  pelajar  mencari  maklumat  untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
  Mengenalpasti  Masalah-  Pada  peringkat  ini,  pelajar  akan  diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah  yang  diberi  dan  menjadikan  masalah  tersebut  sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat
rumusan  berdasarkan  objektif  masalah  dan  mengenalpasti  sumbersumber  yang  perlu  digunakan  untuk  memperolehi  maklumat  yang benar,  relevan  dan  penting  untuk  menyelesaikan  masalah  tersebut. Selain  itu,  pelajar  perlu  merancangan  kaedah  penyelesaian  dari peringkat  awal  sehingga  permasalahan  tersebut  dapat  diselesaikan dengan  sempurna.  Menurut  Mohd  Azhar  Abdul  Hamid  (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur  masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi  dan  memilih  alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
  Menganalisis  Masalah  dan  Mengumpulkan  data-  Pelajar  perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi.  Azhar  Abdul  Hamid  (2003)  menyatakan  terdapat  pelbagai teknik  pengumpulan  data.  Contohnya,  gambar  rajah  tulang  (analysis:
couse  dan  effect),  carta  pareto,  carta  pai,  carta  aliran  dan  lain-lain. Proses  menganalisis  masalah  ini  diperlukan  bagi  mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut
Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan  bagaimana  masalah  itu  berlaku.  Masalah  dianalisis  daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak  balas  pihak  lain,  kos  masalah,  lokasi  berlaku  masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul
Hamid, 2003).
  Membuat Keputusan-  Pelajar  perlu membuat  pemilihan  penyelesaian masalah  dengan  tepat  dan  pastikan  penyelesaian  yang  dibuat merupakan  penyelesaian  yang  terbaik.  Disamping  itu,  pelajar  perlu mempunyai  alasan  yang  kukuh  untuk menyokong  penyelesaian  yang diambil.  Pemilihan  penyelesaian  ini  dijana  dengan  menggunakan pelbagai  kaedah  bagi  memastikan  idea  yang  diperolehi  berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah
satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
  Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik-  Kini, pemusatan pemikiran diperlukan  bagi  menilai,  membanding  dan  menjalankan  percubaan melaksanakan  jalan  penyelesaian  (Mohd  Azhar  Abdul  Hamid,  2003). Pada  peringkat  ini,  pelajar  perlu  merancang  bagaimana  untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling  penting  dalam  penilaian  adalah  kesan  kepada  jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan positif dan negatif. Oleh sebab itu,  pertimbangan  yang  teliti  amat  diperlukan  bagi  memastikan keputusan  yang  dipilih  mempunyai  kelebihan  dan  memberi  manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan  penyelesaian  masalah  serta  keputusan  yang  dipilih merupakan alternatif yang terbaik.
  Melaksanakan  Keputusan-  Mohd  Azhar  Abdul  Hamid  (2003) menyatakan  bahawa  keempat-empat  peringkat  di  atas  hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan  tepat.  Ini  juga  membantu  penyelesaian  masalah  bagi mengorganisasikan  proses  pelaksanaan  dan menguji sama  ada  hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

3. Pembelajaran Elektronik (e-learning)
Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan  komputer  dan  internet,  CD  Rom,  televisyen  interaktif  atau  siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar  menghasilkan  pengalaman  dan  penguasaan  kemahiran  dan  pengetahuan baru.

Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik
-mengikut kadar kendiri pelajar
-boleh dicapai oleh ramai pelajar
-boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
-memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
  Merupakan  sejenis  pembelajaran  dalam  talian  yang  menggunakan
gabungan  streaming  video,  power  point,  audio  dan  perisian  lain  dalam
penyampaian P&P.
  Terdapat  7  fungsi  penting  laman  sesawang  dalam  pembelajaran
(pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video,
pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.

Bab4: Tekanan Emosi dalam kalangan Guru

Di Malaysia, stress di kalangan guru telah meningkat pesat. Kegagalan pengurusan emosi oleh guru telah menyebabkan banyak masalah salah laku guru-guru. Stress terhadap guru biasa akan menyebabkan guru mengalami keadaan murung, tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.  Secara langsung, perhubungan dengan murid dan mutu pengajaran dan pembelajaran akan dipengaruhi dan menjejas kualiti pendidikan dan usaha mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak murni. Kegagalan pengurusan emosi oleh guru-guru juga telah menyebabkan banyak masalah salah laku guru. Oleh sebab itu, pada pendapat saya, masalah pengurusan emosi di kalangan guru garuslah dikenalpasti puncanya lalu diatasi sewajarnya.

Definisi "Stress"
Dari sudut bahasa, stress boleh didefinasikan sebagai tekanan atau desakan yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keupayaan fizikal dan mental seseorang. Stress adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat kegagalan proses penyesuaian diri yang menyebabkan konflik dalam diri. Tahap stress yang dialami oleh individu yang berbeza berkait rapat dengan kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan alam sekitar yang berubah dan daya tindak mereka dalam bentuk psikologikal.

Punca "Stress"
1. Punca Peribadi
Punca peribadi ini berlaku apabila seseorang guru tidak mampu untuk menyesuaikan perubahan masyarakat dan perkembangan pendidikan yang pesat ini. Oleh sebab itu, para pendidik harus sentiasa membangunkan diri supaya mempunyai kesihatan mental yang baik dan daya tindak terhadap perubahan yang pantas. Hal ini penting supaya mereka mampu melaksanakan skop, tanggungjawab dan beban kerja mereka yang berat lagi mencabar ini dengan sempurna. Fikiran guru-guru yang menganggap guru sebagai profesion peringkat pertengahan dan tiada keinginan untuk mengajar juga menyebabkan stress kepada mereka. Tanpa keinginan untuk mendidik, golongan guru tidak akan mempunyai motivasi untuk mengharungi tanggungjawab yang mencabar ini. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Selain itu, guru-guru selalunya menghadapi penilainan kenaikan gaji yang tidak adil dan menerima gaji yang rendah berbanding dengan profession yang lain. Hal ini secara tidak langsungnya telah menyebabkan ketidakseimbangan mental guru-guru sedangkan gaji mereka tidak selari dengan beban kerja mereka yang berat ini. Keadaan ini lagi parah apabila para pendidikan dikehendaki menghadapi stress dalam prospek kenaikan pangkat. Gaji yang rendah ini telah menyukarkan guru untuk menikmati taraf hidup yang baik seperti menghadapi kesusahan untuk memiliki rumah sendiri dan membataskan pilihan guru dalam melakukan aktiviti riadah yang dapat membantu pelepasan tekanan.

2. Punca Interpersonal
Seterusnya, punca interpersonal berlaku apabila wujudnya perselisihan faham. Seseorang guru akan mengalami tekanan apabila mereka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja atau wujudnya segolongan rakan guru yang mementingkan diri dan tidak menghormati perasaan, pendapat dan tindakan rakan guru yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi apabila seseorang guru berada dalam keadaan murung, kekecewaan dan kebimbangan dan tidak bersemangat untuk membaiki masalah perhubungan ini. Hal ini tidak harusnya berlaku di kalangan guru yang sepatutnya berakhlak tinggi dan berkasih sayang. Perubahan dan perkembangan masyarakat yang pesat kini menjadikan guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan rakan-rakan guru, pelajar dan pentadbir sekolah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan mereka dalam proses mendidik dan menghapuskan tekanan.

3. Punca Organisasi
Pelbagai reformasi dan perubahan dasar yang drastik telah dilaksanakan dalam sektor awam termasuklah sekolah dan mempengaruhi guru. Dalam pentadbiran sekolah, segala kerja guru harus dilakukan dengan segara dalam masa yang terhad dan tugasan kerja ini biasanya bersifat kronik, iaitu berterusan. Selain itu, peruntukan kerajaan untuk sekolah biasanya menyebabkan guru-guru harus bekerja dalam persekitaran kerja yang kurang kondusif. Persekitaran kerja yang sihat dan kondusif boleh menjadi motivasi kepada guru bagi menyumbang hasil kerja yang optimum, berproduktiviti tinggi serta meningkatkan kepribadian dan kepuasan diri. Namun, apa yang berlaku kini ialah guru selalunya mempunyai ruang yang terhad dan tidak kemas untuk bekerja dan menyimpan buku dan kerja rumah pelajar.

4. Punca Sosial
 Masyarakat kini tidak lagi rela untuk menjadi seorang guru dan menganggapkan profesion ini sebagai profesion yang menyusahkan lagi hanya menerima gaji yang rendah serta menganggapnya sebagai profesion peringkat pertengahan. Hal ini telah menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk mendidik dan telah menambah bebanan guru-guru sedia ada secara terus menerus berikutan keadaan jumlah guru yang tidak mencukupi dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid. Secara langsung, wujudnya tekanan di kalangan guru. Selain itu, masyarakat kini lebih cenderung menyalahkan guru sekiranya terdapat pelajar berbuat salah. Hal ini menambahkan lagi tekanan guru dan memantadorikan guru mempunyai kemahiran pengurusan emosi yang baik.
Tidak boleh dinafikan masalah stress di kalangan guru harus diberi perhatian sepenuhnya dan diatasi oleh semua pihak untuk memastikan mutu pendidikan di Malaysia yang tinggi dan imej profesion keguruan yang mulia ini. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru harus pandai mengurus emosinya dan mengawal stress.

Cara Pengurusan Emosi
1. Kehidupan Fizikal yang sihat
 Contohnya ialah mengamalkan cara hidup yang sihat dengan melakukan senaman rutin, mengikut pelan makanan yang seimbang serta tidur dan bangun awal.  Bersenam bukan sahaja mencergaskan fizikal, tetapi juga melapangkan mental setelah berpeluh. Hal ini penting untuk memastikan seseorang sentiasa terurus dan lebih tenang. Takafur, pengurutan atau senaman pernafasan juga boleh dilakukan untuk melepaskan tekanan. Jika mengalami tekanan, guru-guru juga boleh melepaskan tekanan melalui bersangka baik dengan tuhan mengikur agama masing-masing untuk mendapatkan ketenangan dalaman.

2. Kesedaran Kendiri
Guru juga harus sentiasa menghargai kebolehan diri dan beryakin akan diri. Anggapan profesion guru sebagai profesion kelas pertengahan juga harus dihapuskan. Para pendidik harus sedar bahawa peranan mereka amat penting dan mulia serta usaha mereka akan sentiasa dihargai. Guru yang mempunyai kesedaran kendiri akan mempunyai penilaian yang realistik dalam membuat keputusan dan keyakinan diri yang utuh. Hal ini penting untuk memastikan mereka sentiasa bermotivasi untuk bekerja yang secara langsungnya membantu untuk mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri serta tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan.

3. Kenalpasti keperluan dan reaksi emosi
Hal ini adalah supaya mereka boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Pengurusan emosi penting untuk memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan mampu menangguhkan sementara perasaan negative mereka. Contohnya, semasa perselisihan faham berlaku, seseorang guru tidak patut menengking rakannya sedangkan perbuatan ini akan memburukkan situasi ini. Sebaliknya, guru tersebut harus mengawal emosinya dengan positif dan bertindak dengan rasional dengan berusaha memulihkan hubungan mereka.

4. Kemahiran interaksi dan bersosial
Seterusnya, seseorang guru hendaklah berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan sekerja atau golongan lain yang mempunyai tahap intelek yang serupa. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth Robert (1993), hal ini penting kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani tekanan dengan berkongsi dan memperbanyakkan maklumat tentang pengurusan emosi. Proses interaksi dan bersosial juga dapat membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi dengan efektif dalam perhubungan, mentafisr situasi sosial dengan tepat dan meningkatkan kepimpinan. Kemahiran untuk interaksi ini juga membantu guru bijak dalam menyelesaikan konflik lalu mewujudkan semangat bekerjasama dalam kelas dan juga dalam persekitaran kerja. Kekurangan masalah interpersonal ini secara langsungnya juga mampu mengurangkan peluang mencetuskan stress.

5. Komitmen Sosial
Di samping itu, masyarakat juga berperanan penting dalam mengurangkan tekanan di kalangan guru dengan memberi komitmen sosial dengan memberi sokongan kepada setiap tindakan guru. Namun, masyarakat kini yang lebih bercenderung menyalahkan guru semasa berlakunya salah laku pelajar menyebabkan guru mengalami tekanan yang besar. Orang sekeliling seseorang guru seperti ahli keluarga dan rakan-rakan juga harus memberi sokongan kepada guru tersebut dengan bersedia berkongsi masalah dengan mereka.


Secara kesimpulan, pengurusan emosi adalah penting dalam profesion guru sedangkan profesion ini sentiasa mengalami beban kerja yang berat dan tekanan yang besar. Guru yang profesional harus sentiasa mengawal emosinya untuk memastikan perhubungannya dengan pelajar sentiasa mesra dan pelaksanaan kerjanya sentiasa lancar, lalu memastikan mutu pendidikan Malaysia yang tinggi.

Tuesday, 3 March 2015

Unicef - Perlindungan Kanak-Kanak

  Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di pusat tahanan. Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut.
Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian. Sebab-sebab keganasan terhadap kanak-kanak adalah kompleks. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak. Pengalaman antarabangsa pula menyarankan bahawa kes yang dilaporkan mungkin hanya mewakili 10% daripada jumlah kes yang berlaku.