Integrasi Nasional merupakan proses penyatuan antara kumpulan
manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk
entity yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi
nasional juga merupkan satu proses dinamik untuk merapatkan masayarakat
berbilang kaum di Malaysia. Hal ini amat penting untuk Malaysia yang mana
rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Perpaduan dan integrase
nasional dapat menjamin kestabilan ekonomi dan politik, serta keselamatan
negara dalam jangka masa panjang.Ekoran kejadian 13 Mei 1969, usaha kerajaan untuk mewujudkan
integrasi nasional dapat dilihatkan melalui pembasmian kemiskinan tanpa
mengambil kira kaum dan pencampuran kumpulan etnik yang berbeza di satu kewasan
perumahan yang sama. Demi memantapkan lagi intergrasi nasional, kerajaan telah
mewujudkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 27
Oktober 1990 dan beberapa program dan dasar-dasar seperti Sekolah Wawasan,
Sistem Pendidikan Kebangsaan, dan konsep 1Malaysia telah dilancarkan untuk
menjamin kepentingan semua kaum termasuk kaum minority.
1. Sekolah WawasanKonsep Sekolah Wawasan dicadangkan dan dilancarkan oleh Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997. Sekolah Wawasan merupakan
sekolah rendah yang menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dan
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang same tanpa mengira
kaum dan latar belakang. Dalam Sekolah Wawasan, kemudahan-kemudahan asas
dikongsikan oleh semua pelajar serta Bahasa Malaysia digunakan sebagai Bahasa
utama dan bahasa-bahasa lain dipertingkatkan. Contohnya, Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi dalam perhimpunan mingguan di Sekolah Wawasan manakala
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan isu-isu
tertentu jika diperlukan.Matlamat utama Sekolah Wawasan ditubuhkan adalah untuk mengeratkan
perpaduan dalam kalangan pelajar dan melahirkan generasi yang saling memahami
antara satu sama lain dan bertoleransi sejak di bangku sekolah rendah di mana
kanak-kanak mudah dilenturkan. Sekolah Wawasan mampu memberi kesempatan kepada
setiap bangsa untuk bertolak ansur dan mampu mewujudkan persaingan yang sihat
dari aspek akademik. Penggunaan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Malaysia
bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar terhadap budaya, bahasa dan
pemikiran kaum lain tetapi juga menimbulkan rasa taat setia dan pengabdian yang
tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. Selain itu, perkongsian
kemudahan sekolah seperti kantin, lapangan perhimpunan, padang dan gelanggang
permainan serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah dapat
menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah tanpa mengira
kaum. Contohnya, Sekolah Wawasan digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan,
Hari Guru dan Hari Kebangsaan bersama-sama.2. Dasar Pendidikan KebangsaanDasar ini dilahirkan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan
dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar ini disemak semula pada tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk
mengkaji semula dasar pendidikan ini supaya pelaksanaannya selaras dengan
matlamat integrasi nasional. Seperti yang dinyatakan dalam Pendahuluan Akta
Pelajaran 1961, iaitu "BAHAWASANYA
dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..." objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan dan memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang. Falsafah Pendidikan
Negara juga menyatakan pendidikan kebangsaan perlu menekankan usaha melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.Antara strategi yang telah digubalkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan
termasuklah:(a) Menjadikan
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib
diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia (c) Mewujudkan
sistem kurikulum dan peperiksaan yang sama bagi semua
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
(f) Memandorikan pendidikan asas selama sembilan tahun
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman
(h) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
(i) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
(j) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum
yang memupuk disiplin3. Konsep 1 MalaysiaKonsep ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri
Najib Tun Abdul Razak. Menurut beliau, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi
memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Terdapat 8 nilai dalam konsep ini, termasukah budaya kecemerlangan,
ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan
integrity. Dengan pelaksanaan 1Malaysia, semua rakyat harus mengikuti
prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of
belonging).Asas konsep ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, di
mana nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Kemajuan semua kaum akan diambil kira. 1Malaysia menghargai dan menghormati
prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap
kaum, dan menganggapnya sebagai satu kelebihan yang patut dibanggakan.
Dalam usaha-usaha ini, guru yang dianggap sebagai pembina
negara bangsa harus memastikan nilai-nilai yang diperusahakan oleh kerajaan
dapat diterapkan pada setiap pelajar. Guru juga berperanan penting untuk
memantap aktiviti kerajaan, memupuk kefahaman antara pelajar dan memperkasakan
bahasa kebangsaan. Hal ini penting untuk menghadapi cabaran integrasi nasional
melalui pendidikan.
blog cantik
ReplyDelete