Wednesday, 25 February 2015

Integrasi Nasional- Halangan

Integrasi National merupakan antara salah satu isu dan cabaran pendidikan semasa yang amat penting. Walaupun banyak usaha telah dilakukan, namun masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam pembentukkan  masyarakat yang bersatu padu di Malaysia.
 
1. Faktor Sejarah
Antaranya ialah faktor sejarah di mana penjajah Inggeris telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu ini dan menyebabkan tiga kaum utama di negara ini telah diasingkan di tiga lokasi yang berbeza. Hal ini telah menghalang interaksi antara kaum-kaum yang berbeza, kesefahaman yang terhad, sehingga berlakunya kejadian 13 Mei 1969. Sampai hari ini, masalah lokasi ini masih belum diatasi sepenuhnya, sama juga pada masalah sistem pendidikan yang berbeza di negara kita ini. Tiga kaum yang mempunyai jenis pekerjaan yang jelas berlainan memburukkan keadaan ini.

2. Taraf ekonomi yang berbeza
Selain itu, perpaduan tidak dapat dicapai sebab terdapatnya perasaan tidak puas hati terhadap taraf ekonomi yang berbeza. Contohnya di Kuala Lumpur, biasanya kaum Cina tinggal di bandar seperti Pudu menikmati taraf hidup yang lebih baik manakala mereka yang tinggal di kampung seperti Kmapung Baru  (biasanya kaum Melayu) dan ester (biasanya kaum India) mengalami taraf ekonomi yang lebih rendah. Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan sebahagian kaum berasa diri mereka terpinggir dari arus pemodenan negara dan menghalang mereka daripada berinteraksi dan memahami etnik kaum yang lain.

3. Tahap bergaulan yang terhad
Di samping itu, kaum yang berbeza di negara kita mempunyai interaksi yang terhad dan kekurangan komunikasi ini mewujudkan jurang yang lebih dalam. Hal ini menjadi lebih susah apabila timbulnya faktor lokasi tempat tinggal yang berbeza. Secara langsung, rakyat kita mempunyai tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup and masalah-masalah hidup kaum lain. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hotmat dan menghargai antara kaum dan wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum seperti kejadian 13 Mei 1969.

4. Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan
Halangan integrase nasional yang disebabkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan merupakan satu cabaran yang serious dalam pendidikan semasa. Walaupun penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dilaksanajan di semua sekolah Malaysia, namum perpaduan dan integrase nasional masih susah dicapai kerana terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan masih menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum yang sama dalam satu sekolah dan telah mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari kaum yang berlainan. Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya menjadi penghalang kepada perpaduan. Dari persepektif ibu bapa, mereka lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jeni kebangsaan Cina atau India, kebanyakkannya disebabkan tidak yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.

5. Perbezaan Agama dan Budaya
Malaysia merupakan satu negara yang rakyatnya terdiri dari kaum and etnik yang berbeza dan berbilang. Cara hidup yang berbeza antara kaum menyusahkan lagi komunikasi antara mereka dan Hal ini ditambah buruk lagi apabila wujudnya sikap kurang toleransi dan tidak menghormati kepercayaan sesuatu agama seperti wujudnya golongan yang mempertikaikan ibadah gurban. Selain itu, perbezaan kebudayaan akan menimbulkan prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan sumbangan utama kepada masalah perpaduan.

6. Proses pemasyarakat yang terbatas

Halangan yang seterusnya yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakat yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri di mana proses pemasyarakat tidak berdedah kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Rakyat tidak dapat mengetahui cara hidup kaum-kaum yang lain dan menghalang pembinaan hubungan mesra antara kaum. Contohnya termasuklah pendidikan di sekolah dan asuhan ibu bapa.


2 comments: