Integrasi Nasional merupakan proses penyatuan antara kumpulan
manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk
entity yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi
nasional juga merupkan satu proses dinamik untuk merapatkan masayarakat
berbilang kaum di Malaysia. Hal ini amat penting untuk Malaysia yang mana
rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Perpaduan dan integrase
nasional dapat menjamin kestabilan ekonomi dan politik, serta keselamatan
negara dalam jangka masa panjang.Ekoran kejadian 13 Mei 1969, usaha kerajaan untuk mewujudkan
integrasi nasional dapat dilihatkan melalui pembasmian kemiskinan tanpa
mengambil kira kaum dan pencampuran kumpulan etnik yang berbeza di satu kewasan
perumahan yang sama. Demi memantapkan lagi intergrasi nasional, kerajaan telah
mewujudkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 27
Oktober 1990 dan beberapa program dan dasar-dasar seperti Sekolah Wawasan,
Sistem Pendidikan Kebangsaan, dan konsep 1Malaysia telah dilancarkan untuk
menjamin kepentingan semua kaum termasuk kaum minority.
This blog was created to share knowledge and invite anyone to share opinion with other reader to exchange opinion or experience about life and daily issues.
Thursday, 26 February 2015
Integrasi Nasional - Usaha Kerajaan
Wednesday, 25 February 2015
Integrasi Nasional- Halangan
Integrasi National merupakan antara salah satu isu dan cabaran
pendidikan semasa yang amat penting. Walaupun banyak usaha telah dilakukan,
namun masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam
pembentukkan masyarakat yang bersatu
padu di Malaysia.
1. Faktor Sejarah
Antaranya ialah faktor sejarah di mana penjajah Inggeris telah
melaksanakan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu ini dan menyebabkan tiga
kaum utama di negara ini telah diasingkan di tiga lokasi yang berbeza. Hal ini
telah menghalang interaksi antara kaum-kaum yang berbeza, kesefahaman yang terhad,
sehingga berlakunya kejadian 13 Mei 1969. Sampai hari ini, masalah lokasi ini
masih belum diatasi sepenuhnya, sama juga pada masalah sistem pendidikan yang
berbeza di negara kita ini. Tiga kaum yang mempunyai jenis pekerjaan yang jelas
berlainan memburukkan keadaan ini.
2. Taraf ekonomi yang berbeza
Selain itu, perpaduan tidak dapat dicapai sebab terdapatnya
perasaan tidak puas hati terhadap taraf ekonomi yang berbeza. Contohnya di
Kuala Lumpur, biasanya kaum Cina tinggal di bandar seperti Pudu menikmati taraf
hidup yang lebih baik manakala mereka yang tinggal di kampung seperti Kmapung
Baru (biasanya kaum Melayu) dan ester
(biasanya kaum India) mengalami taraf ekonomi yang lebih rendah. Perasaan tidak
puas hati ini menyebabkan sebahagian kaum berasa diri mereka terpinggir dari
arus pemodenan negara dan menghalang mereka daripada berinteraksi dan memahami
etnik kaum yang lain.
3. Tahap bergaulan yang terhad
Di samping itu, kaum yang berbeza di negara kita mempunyai
interaksi yang terhad dan kekurangan komunikasi ini mewujudkan jurang yang
lebih dalam. Hal ini menjadi lebih susah apabila timbulnya faktor lokasi tempat
tinggal yang berbeza. Secara langsung, rakyat kita mempunyai tahap kefahaman
yang rendah tentang cara hidup and masalah-masalah hidup kaum lain. Keadaan ini
menyebabkan tiada rasa hotmat dan menghargai antara kaum dan wujudnya masalah
perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum seperti kejadian 13 Mei 1969.
4. Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan
Halangan integrase nasional yang disebabkan kewujudan sekolah
jenis kebangsaan merupakan satu cabaran yang serious dalam pendidikan semasa.
Walaupun penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dilaksanajan di semua
sekolah Malaysia, namum perpaduan dan integrase nasional masih susah dicapai
kerana terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan masih menempatkan
pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum yang sama dalam satu sekolah dan telah
mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari
kaum yang berlainan. Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan
seterusnya menjadi penghalang kepada perpaduan. Dari persepektif ibu bapa,
mereka lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jeni
kebangsaan Cina atau India, kebanyakkannya disebabkan tidak yakin dengan
pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari
pelajar-pelajar Melayu.
5. Perbezaan Agama dan Budaya
Malaysia merupakan satu negara yang rakyatnya terdiri dari kaum
and etnik yang berbeza dan berbilang. Cara hidup yang berbeza antara kaum
menyusahkan lagi komunikasi antara mereka dan Hal ini ditambah buruk lagi
apabila wujudnya sikap kurang toleransi dan tidak menghormati kepercayaan
sesuatu agama seperti wujudnya golongan yang mempertikaikan ibadah gurban.
Selain itu, perbezaan kebudayaan akan menimbulkan prasangka, perkauman dan
etnosentrisme yang merupakan sumbangan utama kepada masalah perpaduan.
6. Proses pemasyarakat yang terbatas
Halangan yang seterusnya yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakat yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri di mana proses pemasyarakat tidak berdedah kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Rakyat tidak dapat mengetahui cara hidup kaum-kaum yang lain dan menghalang pembinaan hubungan mesra antara kaum. Contohnya termasuklah pendidikan di sekolah dan asuhan ibu bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)